Tuesday, July 13, 2010

Ungkapan-ungkapan Cinta dari Ahli Cendkiawan Melalui Luahan Kata & Hati.

Sebnarnya aku pun tak tahu bagaimana untuk aku menghasilkan sesebuah blog. Ini pun main hentam kromo je. Tapi bak kata orang, kalau kita tak mulakan sesuatu, macam mana kita nak tahu sama ada berjaya atau tidak. Jadi, aku pun buatlah apa yang aku tahu dan aku tak tahu. Hahahahah.. Luculah.

Aku ada seorang kenalan dan sekarang merupakan salah seorang rakan baik yang petah berceloteh. Pada suatu hari, dia selalu mengemaskini statusnya dalam laman sosial Facebooknya dengan ungkapan-ungkapan cinta dari ahli cendikiawan. Kita menjadi rancak berbicara mengenainya. Kemudian, ini telah memberi ilham untuk aku dalam memulakkan blog aku. Jadi, aku telah kumpulkan ungkapan-ungkapan cinta tersebut mengikut rentetan masa.

Ungkapan-ungkapan Cinta dari Ahli Cendkiawan melalui Luahan kata dan hati.

July 6th, 8.27pm.

Perhubungan kasih sayang adalah perasaan yang indah sekali bila seseorang yang kita sayangi itu kita taburi dengan rasa cinta dan tak meminta untuk mendapat balasanya kembali. Perhubungan kasih sayang bukanlah seperti perniagaan dimana apa yang kita bagi mesti mendapat pulangan. Ia hanya terjadi bila perhubungan itu direalisasikan dengan persefahaman, tolak ansur dan hormat menghormati antara pasangan tersebut.

July 8th, 5.42pm.

Cinta hanya dapat dihayati, namun susah untuk disifati. Kehadirannya dirasai tetapi hakikat kewujudnya amat misteri. - Syed Hassan Al Attas.

July 9th, 4.31am.

Selaklah setiap lembaran buku dan carilah di setiap madrasah, tidak akan kau jumpa ilmu cinta - Diwan, Hafiz Syirazi.

July 9th, 6.51pm.

Cinta dengan kesuciannya, dapat membentuk manusia supaya melakukan kebaikan, baik dalam keadaan sedar mahupun separuh sedar atau langsung tidak sedar - Syed Hassan Al-Attas.

July 10th, 2.34am.

Cinta mempunyai kembar, iaitu kesengsaraan dan kesedihan. Telahku katakan cinta itu abadi dan azali, lantas tiada tempat untuk akal di dalamnya. - Rumi.

July 10th, 10.33pm.

Cinta itu datang kepada manusia tanpa perlu dipelajari. - Abu Said Abil Kudri.

July 11th, 1.39pm.

Cinta akan membuatkan seseorang menjadi pengemis walau ia memiliki harta yang tidak terhitung banyaknya. - Syed Hassan Al-Attas.

July 11th, 10.35pm.

Cinta adalah api, sesiapa pun tidak akan selamat bila berada di dalamnya. - Syed Al-Attas.

July 12th, 2.20am.

Iman itu adalah cinta dan benci. -Imam Muhammad Al-Baqir.

July 12th, 5.43am.

Cinta membuat manusia keluar dari tawanan egonya. Cinta mengubah pemalas menjadi tangkas dan cerdas, bakhil menjadi dermawan. - Syed Hassan Al-Attas.

July 12th, 2.50pm.

Kerana cinta manusia diciptakan. - Fakhrudin Iraqi.

July 12th, 10.27am.

Selagi pencinta tidak berada dalam ketenangan mutlak dan tidak membebaskan dirinya dari semua terikatan, selagi itu dia tidak akan bertemu dengan cinta hakiki. - Syed Hassan Al-Attas.

July 13th, 2.12am.

Selagi tidak bertemu dan memiliki kekasih, diri para pencinta akan terasa kosong, hambar dan kekurangan. Dia akan terus berusaha dan sanggup menempuh apa jua halangan mendatang yang getir sehingga hatinya disirami dengan cinta kepada kekasih dan meletakkan dirinya pada makam cinta.- Syed Hassan Al Attas.

July 13th, 11.50am.

Pencinta adalah korban di jalan yang dicintai. - Fakhrudin Iraqi.

July 13th, 6.53pm.

Cinta adalah milik hati, bukan akal. - Syed Hassan Al Attas.

July 14th, 12.55am.

Pencinta menerangkan cinta tanpa suara. Namun, yang dicintai masih tetap memahaminya. - Syed Hassan Al Attas.

July 14th, 2.32am.

Cinta adalah guru yang paling baik dan pemberi hidayah yang paling agung. - Diwan, Hafiz Syirazi.

July 14th, 10.18am.

Orang yang amanah adalah orang yang menjaga cintanya. - Syed Hassan Al Attas.

July 14th, 5.42pm.

Cinta sentiasa menghadirkan keyakinan. - Syed Hassan Al Attas.

July 14th, 11.27pm.

Cinta itu mencipta rintihan, kehangatan, pengorbanan, kesakitan dan keperluan. - Fakhrudin Iraqi.

July 15th,6.26pm.

Cinta membentuk istiqamah (konsisten) yang merupakan kekuatan untuk terus berdaya saing dan sabar dalam menghadapi tekanan dan menanggung derita akibat cinta. - Syed Hassan Al Attas.

July 16th, 10.53pm.

Secara drastik, cinta mampu mengubah diri pencinta. - Syed Hassan Al Attas.

July 17th, 1.26am.

Cinta sebenar lahir dari hati, bukan mata. - Nurdiyanah Dzulkarnain.

July 17th, 11.18am.

Jika cinta tidak boleh ditukarkan, jika cinta benar-benar bebas, bererti ia ada di sekeliling kita, seperti cahaya matahari atau oksigen. - Syed Hassan Al Attas.

July 17th, 6.41pm.

Sesiapa yang telah jatuh cinta, ia bersih dari sifat tamak dan aib. - Mastnawi, Rumi.

July 17th, 9.10pm.

Cinta adalah lautan misteri yang perlu diselidiki, pencinta adalah penyelam yang ingin mengetahui rahsianya. - Syed Hassan Al Attas.

July 17th, 10.20pm.

Cinta tidak diketahui hakikatnya kecuali hanya dengan merasa keberadaannya. - Ibnu Qoyyim.

July 18th, 2.23am.

Cinta tidak dapat diterangkan dengan kata-kata tetapi dengan pengalaman. - Rumi.

July 18th, 2.56am.

Cinta itu halus lagi tersembunyi dan penyebab kehairanan. - Diwan, Hafiz Syirazi.

Terima kasih ku ucapkan kepada Nurdiyanah kerana telah banyak menyumbangkan ungkapan-ungkapan ini untuk dapat dijadikan sebagai blog permulaanku.

Atas ungkapan- ungkapan ini telah membuat aku tersedar yang mungkin betul cinta itu adalah sesuatu yang sangat suci, sukar untuk difahami dengan akal fikiran.

Kadangkala orang yg paling kita cintai adalah orang yg tidak pernah menyatakan perasaan cintanya terhadap kita kerana dia takut kita akan berpaling dan menjauhinya,dan bila di suatu masa dia hilang dari pandangan kita, baru kita menyedari bahawa dia adalah cinta yg tidak pernah kita sedari.

Jadi, ambillah peluang untuk setiap masa bersama orang yang kita sayangi dan buat yang terbaik di dalam setiap perkara kerana masa yang kita ada hanyalah seketika.